Tuesday, April 12, 2011

makanan segera tidak elok??

okay now tajuk entri di atas sememangnya benar!!!
tapi makanan ringan la selalu di gemari oleh kita semua.. 
betulkan??? =)
 heeee~~~  
one of tips kesihatan minggu ni...
kurangkan makan makanan segera..






 makanan segera ni kalau kita makan sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. tapi kalau selalu  sangat diambil, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan.


antara penyakit yg akan di alami kalau la makan banyak sangat adalah;-
1-kerosakan gigi. 
2-sembelit. 
3-obesiti 
4-tekanan darah tinggi
5-pembuluh darah tersumbat
6-penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.


banyakkan penyakit?? semuanya sangat menakutkan...




makanan segera jugak:-..............................................



 banyak aditif
Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.

Lemak Berlebihan

Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Tiada Zat
Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.

AMEK NOTA SIKIT UNTUK DIRI SENDIRI~ (SESAPA YG BACA PON BOLEH AMALKAN) ^^   

 *KURANGKAN MAKAN MAKANAN SEGERA*
*TIME MAKAN TENGAH HARI AMEK SAYUR BEBANYAK*
*MAKAN BUAH-BUAHAN SELALU*
*BANYAKKAN MAKAN KISMIS*
*KURANGKAN MINUM NESCAFE >BRAND NESCAFE<*




  

^__^
WITH LOVE,
NADHOTTEST4EVA ^^

No comments:

Post a Comment